Featured By: Aqilah Paharuzi August 28, 2023 @ 1:18pm

[VIDEO] Berdekah! Buat Trend TikTok NPC AI Mode, Ramai Terhibur Dengan Gelagat Ernie Zakri, Syamel Di Pentas TikTok Awards 2023!

Pasangan penyanyi, Syamel dan isteri tercintanya Ernie Zakri meraih perhatian ramai ketika menyampaikan pemenang anugerah TikTok Awards 2023 bagi kategori ‘Popular Content Creator of The Year’, semalam.

Menerusi sebuah video tular, duo terbaik ini mencuit hati ramai apabila membuat trend Non-Playable Characters (NPC) AI Mode seolah-olah mereka mendapat hadiah dariapda siaran langsung TikTok.

NPC AI Mode adalah individu menjadi seperti robot dan mengikut gerakan hadiah TikTok yang diterimanya ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok.

“Kak Ninie, kejap saya nampak awak dapat gift,” kata Syamel.

“Gift apa tu ayang?,” soal Ernie.

“Saya rasa macam rose tu,” jawab Syamel.

Pasangan suami isteri yang masuk air ini lantas terus membuat pergerakan menghidu rose seraya berkata ‘thank you for the gift’.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tak kering gusi melihat gelagat pasangan selebriti dek aksi mereka itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur apabila Syamel menyanyikan lagu ‘Kau Tigakan Cintaku‘ milik Elkasih yang menjadi lagu latar belakang video hangat isu tular berkaitan Abang Tesla.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 600,000 tontonan, 57,000 ribu dan lebih 100 komen.

Artikel Berkaitan: Hey What’s Up Guy! Khairul Aming Menang Creator Of The Year, Ini Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Jul 2021

Beri Makanan, Susu & Lampin Pakai Buang, Kehamilan Tak Halang Ayda Jebat Hulur Bantuan

Biarpun sedang sarat hamil, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat tidak terkecuali untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, bersama ahli keluarganya memberikan bantuan untuk mereka […]

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Terimbau Segala Kesalahan Ketika Berlakon Kisah Keluarga, Aliff Aziz Mesej Ibu Minta Maaf – “Doa For Me Umi”

Setiap orang ada kekhilafan sendiri 😊 Bagus Aliff dah sedar segalanya ❤️

Hiburan Mon, 28 Oct 2019