Subhanallah! Suami Dan Penggali Kubur Ini Kongsi Pengalaman Melihat Kubur dan Liang Lahad Yang Paling Cantik

“Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. (HR Bukhari : 98)

Pemergian Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah kenalan yang terdekat mahupun ahli keluarga Allhayarham sendiri.

Menurut Suami Allahyarham, Mohd Khairul, segala urusan termasuklah urusan menguruskan jenazah telah dilakukan oleh ahli keluarga terdekat termasuklah ibu arwah, adik-beradik perempuan dan anak-anak lelaki.

Bagaimanapun, perkongsian suami Allahyarham Ustazah Shadiya menerusi laman Facebook miliknya ini ternyata mengundang sebak.

Menerusi perkongsian tersebut, suami Allahyarham dan penggali kubur begitu terkejut dengan keadaan kubur dan liang lahad Allahyarham.

“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, cantik sungguh liang lahad ini

Mana taknya, suami dan penggali kubur terkejut kerana mereka mengakui keadaan di dalam kubur Allahyarham terasa sejuk walaupun dengan memakai kasut.

“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut but pun terasa sejuk, seolah lantainya dari mar mar…”

Sumber : Google

Terdahulu, Ustazah Shadiya Abbas menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sesak nafas pada jam 5.05 pagi di Hospital Sungai Buloh pada Ahad.

Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas juga sebelum ini pernah menjadi pengacara program Haiwan Teladan dan Fiqh Wanita di TV3.

Salma Syahbuddin