Sufi Rashid Angkat Kisah Depresi Dalam Lagu Baharu

Selepas kejayaan single Aku Sanggup, penyanyi Sufi Rashid kini mengorak langkah dengan buah tangan terbaharu berjudul Implikasi ciptaan Amy Bong, Den dan gubahan muzik oleh Zimi.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, dia yakin dan bersemangat single ini bakal merancakkan lagi karier seninya untuk tahun 2019.

“ Lagu Implikasi ini ternyata lain dari yang lain dari single single Sufi sebelum ini, dimana Aku sendiri menjadi kesinambungan Aku Sanggup.

“ Saya memilih lagu ini kerana melodinya yang mudah diingati dan bait bait liriknya sangat menyentuh perasaan. melodi ke penulisan lirik sehinggalah rakaman di studio berjalan lancar kerana saya mahukan hasil kerja yang teliti dengan mempunyai kriteria sendiri terhadap lagu yang dihasilkan serta mempunyai signature Sufi Rashid,” katanya.

Selain sibuk mengusahakan produk biskut, Krispy Krunchee, Sufi enggan terus mengalah dalam dunia nyanyian dan berjanji tampil dengan single lebih baik daripada sebelum ini.

Akuinya, lirik single ini begitu dekat dengan hatinya iaitu mengangkat kisah hidup seorang remaja yang kerjaya hidupnya sedang meningkat naik namun tidak mendapat sokongan dari orang terdekat.

“ Hidupnya semakin sukar apabila ditinggalkan kekasih dan menghadapi masalah keluarga sekaligus menyebab remaja itu hilang arah lalu menghadapi tekanan perasaan hidup,” kata Sufi berharap agar Implikasi diterima baik oleh penggemar muzik tanah air.

Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd, Implikasi bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia bermula 5 Mac lalu.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

SGMS Faida