Taylor Swift Mula Terima Hakikat…

Penyanyi antarabangsa Taylor Swift meluahkan rasa sedih apabila penyakit kanser kembali menyerang ibunya, baru-baru ini.

Mula didiagnos menghidap penyakit itu pada 2015, penyanyi Bad Blood ini memberitahu dia perlu dan banyak belajar bagaimana menangani penyakit ini secara serius.

“ Saya perlu belajar bagaimana menangani penyakit ini memandangkan ia menyerang ahli keluarga terdekat saya. Ayah dan ibu menderita kanser dan ibu pula sedang berjuang lagi melawannya,” katanya.

Akui Taylor, hal ini banyak mengajarnya berdepan dengan realiti sebenar kehidupan terutama berkaitan hal kanser.

“ Kalau dulu saya sangat takut, cemas dengan keadaan ibu yang turun naik setiap hari. Kini saya menyerahkan segala kerisauan, tekanan dengan berdoa. Dalam masa sama saya cuba menerima kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 29 tahun ini pernah memaklumkan keadaan ibunya yang diserang kanser menerusi laman sosial. Akan tetapi, Taylor tidak pernah memberitahu secara terperinci keadaan sebenar ibunya.

SGMS Faida