Categories: HiburanSelebriti

‘Sufian Dan Elfira Harus Belajar Fahami Takdir’- PU Rahmat Beri Nasihat Lupakan Sengketa

“ Matanglah”, itu antara nasihat yang disampaikan pendakwah terkenal, PU Rahmat berhubung kisah ‘ketegangan’ mengenai persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33 dan status Twitter Elfira Loy.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, PU Rahmat berpesan agar dua selebriti ini belajar menerima dan memahami takdir.

“ Kerana pertemuan dan perpisahan mereka, Elfira bertemu jodoh dan Sufian mendapat ilham untuk berkarya,” katanya di laman Twitter.

Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu mencuri tumpuan netizen apabila dikatakan konsep persembahan berkenaan seolah menyindir bekas tunangnya, Elfira Loy.

Sementara itu, Elfira menerusi Twitternya menulis dia mendoakan agar Sufian memperoleh kejayaan pada malam itu sekaligus turut mengejutkan netizen. 

Dengan berkonsepkan pelamin dengan hiasan bunga serta kerusi pengantin, persembahan Sufian mendapat tepukan gemuruh. Rata-rata penonton tersentuh dengan persembahan itu.

Sementara itu, PU Rahmat turut mengingatkan bahawa setiap kejadian/ keputusan Allah yang baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik. 

Untuk pengikut El atau Sufian, jangan bergaduh lagi ya, matanglah bak kata PU Rahmat!

SGMS Faida