Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

Popular bukan sahaja menerusi lagu Di Matamu, penyanyi ini juga hangat diperkatakan pada awal tahun 2018 apabila kisah putus tunangnya bersama pelakon, Elfira Loy. Kisah tersebut nyata memberi impak yang cukup besar buat dirinya.

Mengakui fikirannya tidak lagi bercelaru sebaliknya, penyanyi ini telah  mendapat semula kekuatan untuk meneruskan hidup dan tidak menyimpan dendam kepada mana-mana pihak.

“Tidak mudah untuk saya berdepan ketika situasi hubungan kami sedang memuncak, tetapi saya sudah melepasinya. Saya perlahan-lahan mencari kekuatan, malah sebenarnya, sejak Oktober tahun lalu saya sudah bersedia. Ketika itu, saya tidak tahu apa akan berlaku kerana segala-galanya masih misteri. Banyak yang saya harus tempuh serentak, termasuk menyiapkan tesis pengajian yang belum sampai 20 peratus. Ujian pula datang bertimpa-timpa. Hubungan dan keluarga pula bermasalah. Dari situ, saya sudah dapat menilai segala kemungkinan akan berlaku dan saya harus bersedia. Saya tidak mahu terkejut jika berlaku perkara tidak diingini.” Jelas Sufian

Isu putus tunangnya bersama pelakon itu, sedikit sebanyak membawa perubahan yang begitu ketara terhadap diri beliau. Sufian dilihat semakin kurus dan cengkung sepanjang tempoh tersebut.

“Tidak tahu adakah saya kemurungan kerana ketika itu, saya berdepan tekanan yang agak berat. Saya tidak boleh bersendirian di rumah. Emosi saya teruk terganggu hingga tiba-tiba sahaja saya boleh menangis dan ketawa. Itulah keadaan saya selama seminggu. Saya tiada sanak saudara di ibu negara, tetapi tidak sanggup pula membebankan kawan baik. Mereka juga ada komitmen lain. Jadi, saya ambil keputusan pulang ke kampung di Muar, Johor untuk menenangkan fikiran

Sumber: Instagram @sufiansuhaimi_

Akui tidak lagi ‘mengejar cinta’ buat masa sekarang, Sufian lebih tenang hidup solo. 

“Tetapi, itu bukan bermakna saya menutup pintu hati menerima cinta. Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah. Saya tidak lagi mencari cinta. Hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta.” Katanya

Ad Ops