Sufian Suhaimi Kembali Bercinta?

Gara-gara kemunculannya di majlis hari ulang tahun Jasmine Suraya, penyanyi Sufian Suhaimi kini dikaitkan dengan pengacara muda itu.

Malah dendangan lagu oleh Sufian yang disampaikan penuh romantis itu juga mencetuskan spekulasi bahawa pasangan ini sedang bercinta.

Namun begitu, Sufian Suhaimi tidak melatah dengan gosip cinta memandangkan sudah terbiasa.

“Saya sudah biasa dengan gosip dan apa yang orang cakap. Kejutan yang saya beri ini tidak lebih daripada menyokong karier Jasmine,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu ini juga tidak mempunyai komitmen lain pada hari tersebut.

“Saya percaya perkara ini diatur pengurusan saya dan dia (Jasmine). Kebetulan, saya tidak ada komitmen lain, jadi tak salah untuk saya ceriakan majlis itu.

“Secara kebetulan, Jasmine meminati lagu Di Matamu dan sukakan bakat saya,” katanya kepada BH Online.

Sufian berkata, kehadirannya di majlis itu tidak perlu disensasikan.

Pemenang kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 itu tidak menyangka Jasmine mampu merasai emosi single Di Matamu.

“Saya tahu ramai orang boleh mengaitkan lagu itu dengan diri sendiri. Ini termasuk Jasmine kerana dia pernah berhadapan kisah cinta tak kesampaian,” katanya.

Tanpa berselindung, Sufian mengaku meminati Jasmine yang kali pertama ditonton ketika mengendalikan program sukan bola sepak.

“Jasmine antara hos yang saya suka tonton di kaca televisyen (TV)… Dia macam ‘crush’ (gadis yang diminati) saya,” katanya.

SGMS Faida