Dedah Aib Lama, Nabil Mahir Bengang Dengan Bekas Kekasih?

“Terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan,” tulis pengacara Nabil Mahir menjawab tuduhan dibuat bekas kekasih, Sarah Hildebrand di laman sosial Instagram IG, baru-baru ini.

“Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah,” tulisnya.
 
Nabil juga berterima kasih atas teguran yang diterima dan memohon doa yang baik-baik.

“Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Sarah membuat pengakuan terbuka mendedahkan punca sebenar perpisahannya dengan Nabil.

Antara perkara didedahkan adalah menepis dakwaan Nabil mereka berdua tidak pernah berbincang bagi membina masa depan bersama sebelum ini.

Selain Sarah juga dituduh mengejar populariti dan melakukan perkara tidak senonoh dengan pengurusnya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida