Categories: FeaturedGaya Hidup

Anak perempuan Eminem sekarang sudah besar panjang dan ‘cun’ habis!

Siapa tak kenal Eminem? Sejak dua dekad lalu, penyanyi rap tersohor dari Amerika Syarikat ini sudah banyak kali menggegarkan dunia dengan muziknya.

Jika anda mengenalinya apabila beliau baru memulakan kerjaya seninya, anda mesti tahu bahawa anak perempuan Eminem, Hailie Jade Scott Mathers, memainkan peranan penting dalam hidupnya.

Ketika di usia bayi, Hailie sering ‘muncul’ di dalam lirik Eminem seperti untuk lagu Mockingbird. Penyanyi rap ini juga ada menceritakan mengenai hubungan mereka di dalam lagu Hailie’s Song. Sayang betul Eminem pada dia!

Tetapi nampaknya Hailie, kini berusia 23 tahun, tidak mengikut jejak langkah ayahnya dalam mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Sebaliknya menurut Insider, Hailie sama juga popular sejak menjadi seorang Instagram influencer dengan jumlah pengikut seramai 1.6 juta. Wah!

Dengan menggunakan akaun @hailiejade, Hailie sering berkongsi gambar-gambar aktiviti hariannya. Dia juga memuat naik selfie dengan panduan kecantikan seperti ‘sapukan pengilat bibir pada pipi, bukannya pemerah pipi, untuk mendapatkan rupa yang ‘glowing.’

Menurut laporan Daily Mail tahun lepas, Hailie telah menuntut di Universiti Michigan State. Setelah tamat pengajian, dia tidak tahu ke mana hala tuju kerjayanya pada ketika itu.

Tetapi nampaknya beliau sudah pun menjadi seorang influencer sepenuh masa kerana beliau memuat naik gambar destinasi percutian yang berseni serta lokasi-lokasi yang penuh glamor.

Walaupun Hailie tidak pernah berkongsi gambar Eminem, beliau memberitahu Daily Mail yang hubungan mereka sangat rapat.

Selain Hailie, Eminem juga mempunyai dua orang lagi anak perempuan, Whitney Scott Mathers dan Alaina Marie Mathers.

Jom tengok gambar-gambar Hailie yang dimuat naik di Instagram!

 

Ad Ops