Fasha Sandha rujuk ‘Angelina Jolie’ ?

Pelakon Fasha Sandha mengaku sukar membawakan watak ‘Mak Andeh’ dalam filem televisyen (FTV) Suatukala-Timun Mas & Ijo.

Kata Fasha ketika ditemui di majlis tayangan FTV itu semalam, dia mengambil sedikit masa untuk menjiwai watak tersebut.

“Saya ambil masa tiga minggu untuk mendapatkan rentak serta jiwai watak. Saya menonton filem Maleficent sebagai rujukan menjiwai watak seorang ahli sihir.

“Bagi saya, watak ini berlainan sekali dengan tawaran yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Saya gembira ia menjadi dan bersyukur dapat keluar dari zon selesa,” katanya kepada Xtra.

Dalam Suatukala-Timun Mas & Ijo, Fasha berlakon di samping dua pelakon dari Indonesia, Prisia Nasution dan Vanka serta pelakon Malaysia, Fikry Kiki dan Kishok Kumar.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga memberitahu dia juga tidak menolak sekiranya ditawarkan watak seperti ini di masa akan datang.

Sementara itu, Fasha mengaku tidak akan berhenti belajar mengenai lakonan walaupun sudah 16 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

“Sebagai pelakon, saya akan berusaha memperbaiki mutu lakonan dari masa ke semasa.

“Saya mahu penonton rasa apa yang saya cuba sampaikan dalam setiap watak yang saya bawa,” kata Fasha yang masih pergi ke kelas dan kursus lakonan.

SGMS Fas