“Suka Hatilah Saya Nak Buat Apa” – Fathia Latiff Akhirnya Buka Tudung

Akhirnya pelakon kontroversi ini mengaku enggan meneruskan hidup dalam kepura-puraan. Nur Fathia Abdul  Latiff, 32 mengakui hidupnya tidak pernah tenang semenjak beliau mengenakan tudung. 

” Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya depresi atau saya sakit, terpulang kepada mereka” 

” Saya mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah” Katanya.

Sumber : @fatiyalatiff

Fathia juga memaklumkan bahawa keputusannya ini sudah lama difikirkan tetapi beliau masih mahu menjaga hati keluarga. sehinggalah pada Jumaat lalu beliu nekad mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya.

Selepas Uqasha Senrose, dan Emma Maembong dikritik hebat kerana mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung, kali ini Fathia Latiff pula bakal dihentam hebat oleh netizn. Namun, bagi Fathia Latiffbeliau sama sekali tidak mahu memikirkan apa yang bakal netizen perkatakan memandangkan beliau sudah biasa dihina. 

” Bukan saya tidak istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Tapi saya gembira dan bersemangat melakukan perkara yang saya suka sekarang” Jelasnya.

Salma Syahbuddin