Hiburan By: Maya Basir October 10, 2023 @ 5:48pm

Sukar Berjalan Sepanjang 2 Bulan, Zila Bakarin Hadapi Penyakit Slip Disc – “Tidur Menonggeng Nak Rasa Selesa…”

Pelakon Zila Bakarin telah selamat menjalani pembedahan bagi merawat penyakit slip disc yang dihadapinya di sebuah hospital swasta pada Isnin.

Memetik laporan mStar, Zila memberitahu sudah menanggung kesakitan selama dua bulan selain kaki kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dirinya untuk bergerak.

Menurutnya, doktor telah mengesahkan penyakit itu selepas membuat pemeriksaan di hospital pada 5 Oktober lalu.

“Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki sakit sangat. Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu sakit apa.

“Ketika membuat pemeriksaan, doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri.

“Alhamdulillah saya selesai menjalani pembedahan semalam bagi merawat masalah saraf itu,” katanya.

Sementara itu, Zila berkongsi kesukaran dirinya terpaksa bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama sepanjang tempoh dua bulan itu.

Malah, dia juga tidak boleh duduk terlalu lama kerana ia mendatangkan kesakitan di bahagian punggung pula.

“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan sakit.

“Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa,” kongsinya.

Disoal mengenai perkembangan terkini Zila selepas pembedahan, dia bersyukur keadaannnya semakin membaik.

“Pagi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allah dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zila akui sedikit ralat kerana terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta namun terharu pihak produksi sanggup menyusun semula jadual bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.

“Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital.

“Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran… Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Feb 2023
Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Alahai, kesian Sweet. First time jadi host kan guysss 🥹 Its okay Sweet, pengalaman mematangkan ❤️‍🔥

Featured Sat, 25 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

OMG! Wawa Zainal Panik Accident Atas Air?

Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, gambaran dalam video yang dikongsi Aeril itu membuatkan netizen berdebar menontonnya.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

“Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang”- Elfira Loy

El dijadikan sebagai tempat meminta hutang adiknya?

Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.

Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.