Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak dikejarkan ke hospital hari ini selepas mengadu sesak nafas.

Menurut Zizan, dia mengalami kesukaran bernafas selepas menunaikan solat Subuh pagi tadi.

“ Insha Allah saya okay. Terima kasih yang doakan untuk saya. Pagi tadi selepas solat Subuh saya macam sedikit sukar nak bernafas. Kuat juga sebenarnya. Saya tiada pilihan dan terpaksa ke hospital.

“ Buat masa sekarang saya masih di hospital. Mungkin terlalu penat bekerja sampai jadi macam ni kot. Penat bekerja, stress…jadi macam sesak nafas.

“ Insha Allah Zizan okay. Mungkin saya keluar hari ini atau esok. Lagi pun saya malas nak duduk sini lama-lama, bukan best pun. Saya sayang anda semua,” ujarnya di laman Instastory miliknya.

Rata-rata pengikut Zizan menulis komen mendoakan agar pelawak itu dikurniakan kesembuhan segera memandangkan kita bakal meraikan Syawal esok. 

Semoga cepat sembuh, Zizan! 

SGMS Faida