Featured By: Halimey Zamal November 16, 2022 @ 1:39pm

Sunting Gambar Naik Pelamin, Netizen Doakan Jaa Suzuran Cepat Bertemu Jodoh

Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran sering dikaitkan dengan soal jodoh oleh warganet.

@jaasuzuran Semoga bahagia korang dua . And doakan Abe Jaa dengan Adira pulak ye gais #countingcalories #ehsilap #countingdays💍 ♬ Selamat Pengantin Baru 4 – Instrumental

Tular sebuah video berdurasi 16 saat yang dikongsikan oleh Jaa di akaun TikTok memaparkan dia menyunting sekeping foto semasa hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya.

Susulan itu, Jaa yang masih belum berpunya menyunting gambarnya bersama satu figura hitam tanpa wajah menandakan dirinya sudah dimilik orang.

“Semoga bahagia korang dua and doakan Abe Jaa dengan Adira pula ye gais,” tulisnya.

Suntingan tersebut telah mengundang rasa lucu warganet di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata netizen mendoakan Jaa supaya ditemukan jodoh yang baik.

“Sabar, kita pun jodoh sesat juga ni,” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 194,000 tontonan, dan lebih 16,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

After 25 years, Mariah Carey’s Holiday Hit Is Finally Number One!

Yeay for my all time favourite Christmas song, hands down!

Trending Tue, 3 Apr 2018

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit