Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 12, 2022 @ 9:44am

“3 Tahun Masuk Wad Psikiatri” – Mangsa Gangguan Seksual Pendakwah Selebriti Tuntut Keadilan Segera

Tular sebuah kisah seorang pendakwah selebriti yang telah didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun pada 2020.

Difahamkan pendakwah tersebut juga didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan berniat untuk mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh sama.

Baru-baru ini, sebuah video mengenai seorang gadis yang dipercayai ‘mangsa’ kepada kes rogol pendakwah terbabit tersebut tampil menggesa keadilan untuk segera ditegakkan berikutan masalah tekanan mental teruk yang dialaminya angkara trauma dirogol.

Menerusi video tersebut, mangsa telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri atas cubaan untuk membunuh diri, dedahnya setelah mendapat persoalan netizen mengenai sebab disebalik trauma yang dialaminya.

Menerusi sebuah video di TikTok, mangsa memaklumkan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri atas cubaan membunuh diri, jelasnya setelah disoal oleh netizen berkaitan trauma yang dilaluinya itu.

Pertanyaan tersebut tercetus apabila mangsa memuat naik sebuah video yang memaparkan masa lalunya yang begitu ceria dan mengakui rindu pada dirinya yang dahulu dipercayai telah ‘hilang’ selepas dirogol.

@chempakasuri97

Sekuat mana lg aku perlu berusaha menerima semua ini #mddsurvivor #iamfighter #fypシ #2019

♬ bunyi asal – Aiman Sidek – Aiman Sidek

Dalam video yang tular itu, mangsa berkongsi potongan video laporan berita mengenai penahanan pendakwah selebriti berkenaan beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, mangsa dituduh oleh netizen kerana tidak pandai menjaga aib sendiri kerana bertindak berani mendedahkan identiti diri yang pernah menjadi mangsa gangguang seksual.

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, mangsa memberitahu dia telah memendam selama setahun kerana bimbang diperlehkan namun mangsa turut mengakui semakin lama dia menyimpan semuanya sendiri, kehidupannya semakin bercelaru.

@chempakasuri97

Reply to @mencaricintamu_83 selama tiga tahun keluar masuk ward psikiatri 5x sbb attempt suicide.. tp getting better sbb Allah beri kekuatan yg tak terduga ❤️ #mddsurvivor #borderlinepersonalitydisorder #posttraumaticstressdisorder #psychosis #anxienty

♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Sementara itu, menerusi hantaran lain mangsa bertindak untuk menjawab sebuah komen yang menyalahkannya keluar lewat malam dengan pendakwah tersebut.

Membidas dakwaan itu, mangsa yang kini menghidap Major Depressive Disorder (MDD) atau kemurungan teruk hanya mampu mengatakan yang insan senasib dengannya sahaja akan faham bagaimana rasanya memerlukan bantuan.

@chempakasuri97

Reply to @bakriefaiq kalau awk ada MDD awk akn tahu bagaimana rasanya memerlukan bantuan..

♬ original sound – tiqahtj – Chem

Meninjau di ruangan komen video yang dimuat naik di akaun TikTok milik mangsa, rata-rata warganet memberi sokongan yang kuat kepada gadis itu dan mempertahankannya untuk terus berkongsi kerana dia merupakan mangsa jenayah rogol.

Ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan agar kebenaran kes rogol membabitkan pendawah selebriti ini akan mendapat keadilan yang setimpal.

Bagaimanapun, perkongsian gadis tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya namun ia tular di ruangan TikTok sejak beberapa hari lalu yang kini mencecah sehingga 2.5 juta penonton.

Perkembangan kes rogol pendakwah selebriti sehingga kini masih berlanjutan dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan tarikh 9 hingga 14 Februari, 4 dan 14 April serta 1 hingga 3 Jun untuk perbicaraan berlangsung.

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pekan Sudah Ditemui Tetapi Dalam Keadaan Berbeza

Alhamdulillah…PEKAN sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tomok Sambung Master Di UPSI, Janji Buat Yang Terbaik – “Selalu Ayah & Ibu Hantar Anak-Anak, Ni Terbalik Pula”

Tomok mendaftarkan diri secara sepenuh masa dalam bidang Muzik Dan Seni Persembahan.

Hiburan Thu, 2 May 2019

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Events Tue, 28 Apr 2026

Achey Ada Pendapat Tersendiri Acara Pesta Muzik Air – “Akan Lebih Banyak Isu Sosial Melampau Yang Bukan Budaya Kita”

Kata Achey, acara sedemikian mampu mendorong kepada berlakunya lebih banyak isu sosial yang melampau.

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Jangan Jadikan Broken Marriage Sebab Putusnya Silaturrahim”- Fasha Sandha

Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga bersama bekas mentua dan pelakon Nora Danish kini baik.

error: Content is protected !!