Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2024 @ 4:58pm

Individu Fitnah Buat Maksiat, Peguam Puteri Sarah Bakal Hantar LOD – “Terus Tukar Nama FB, Pengecut!”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu mulut celupar yang tanpa selidik telah melemparkan fitnah mendakwa aktres ini membuat maksiat.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Puteri Sarah menghantar mesej peribadi kepada individu berkenaan mengatakan pihak peguam mewakilinya akan menghantar Letter Of Demand (LOD).

Dalam hantaran itu juga, aktres drama rantaian Suri Hati ini memuat naik tangkap layar komen individu tersebut berhubung dakwaan membuat maksiat.

Puteri Sarah

Malah, individu tersebut turut bertindak menukar nama dan gambar profil, namun peguam mewakili Puteri Sarah dapat mengesannya.

“Lain kali jangan komen menghina menuduh aku bermaksiat.

“Dah PM kau, pengecut pula. Dasar netizen pengecut locked profile. Terus tukar nama Facebook (FB),” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah juga menasihati netizen untuk menjaga adab sebelum meninggalkan komen.

“Jadilah netizen yang berhemah jaga penulisan,” ujarnya lagi.

Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Jika Kalian Direndahkan & Diremehkan Jangan Dibalas, Mereka Lupa Tuhan Mampu Ubah Segalanya” – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Dikritik ‘Dan-Dan’ Kongsi Isu Palest*n, Puteri Sarah Didakwa Takut Kena Boikot… Empunya Badan Tampil Bidas Netizen

Artikel Berkaitan: “Hidup Balik Mangkuk Ni…”- Digelar Geng ‘Secondhand’, Puteri Sarah Minta Bantuan Caprice?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Issey Belum Bersedia Cari Jodoh?

Semoga Issey berjumpa jodoh yang sesuai lepasni okay. No stress Sey!

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Bawa Pulang RM100,000, Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Saya juga berterima kasih dengan Mentor Hazama serta juri-juri tetap yang banyak memberi sokongan.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Ernie Zakri Dah Move On!

Move on ye dik?

Hiburan Mon, 11 May 2026

“Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Terkilan Niat Ikhlas Dipersoal, Nabila Huda Kecewa Bisnes Pasta Dikecam

Nabila turut menegaskan dirinya bukan seorang yang hipokrit semata-mata mahu meraih perhatian atau pujian orang ramai.

error: Content is protected !!