Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 6:16am

Terpaling Juara: Rombak Pemilihan Artis Senior & Junior, Ini Alasan Hattan Guna Kuasa Veto – “Saya Nak Lebih Adil”

Penyanyi otai, Datuk Hattan merombak semula senarai penyanyi senior dan junior yang berada di bawah naungan tiga kapten iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Akim Ahmad.

Menggunakan kuasa veto sebagai juri, Hattan mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mengekalkan pemilihan peserta yang telah dibuat pihak produksi.

“Selepas melihat senarai penyanyi yang bernaung bawah setiap kapten, saya rasa ada yang tak kena kerana ada kapten yang dapat dua orang penyanyi junior dan ada kapten yang dapat dua orang penyanyi senior.

“Saya terpaksa guna kuasa yang ada dan melakukan pilihan semula untuk membuatkan ia lebih adil. Setiap kapten mempunyai seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior. Saya juga memberikan kelainan kepada mereka,” katanya.

Hattan selaku juri tetap bersama Fauziah Latiff juga mahu semua peserta Terpaling Juara menyahut cabaran untuk memberikan persembahan terbaik.

“Pada awalnya, Rahmad dan Ifa berada di bawah kapten Akim. Rahmad terkenal dengan genre rock, sama juga dengan Akim. Jika mereka berada dalam satu kumpulan, masing-masing tak akan dapat belajar perkara baharu.

“Jadi, saya ubah perkara itu dan Hael menjadi kapten Rahmad. Begitu juga dengan dua kapten lain. Sepanjang pertandingan ini, saya pasti mereka akan dapat banyak belajar untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang baik,” katanya.

Di akhir konsert pengenalan Terpaling Juara ini, persembahan mantap Rahmad yang menyampaikan lagu Bayangan Gurauan menjadi pilihan juri dan penonton.

Persembahan terbaik mingguan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Rahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

李俊颉连续25天连续挑战 #不麻木生活

Victor李俊颉日前释出新歌《麻木》MV,独角戏演出现实中的自己,社交网挑战 25天不间断分享「不麻木生活」。

Featured Fri, 15 Sep 2023
Trending Thu, 4 Jan 2018

深夜客厅看电视 抬头惊见「长发人头」

人吓人吓死人!但如果不是人……日前台湾一名林氏网民在社交网站群组《爆废公社》发文,指照片是朋友传给他的,并且对方说自己“不敢睡了!”

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Contest Tue, 6 Sep 2022
Trending Wed, 9 Dec 2020
Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bajet sendiri, pengurusan sendiri, OAG belajar untuk menguruskan jadual sendiri tanpa bantuan pengurusan mana-mana label. Semoga album mini 02 Orang berhasil, yeay kami tak sabar!

Featured Thu, 25 Aug 2022