Categories: HiburanSelebriti

Syafie Naswip Dan Aishah Azman Tunang April Ini, Peminat Syafie Jangan Murung okay!

Akhirnya! 

Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan dan melalui proses suai kenal, nampaknya pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin ini mengambil keputusan untuk ke fasa seterusnya bersama wanita pujaan hati, Aishah Azman.

Sepanjang proses mengenali hati budi masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini tidak pernah sedikit pun terpalit dengan isu kontroversi ataupun cerita buruk mengenai hubungan mereka. Bagus kan?

Sumber : Instagram @syafienaswip

Menurut Syafie Naswip atau lebih mesra dengan panggilan Ayie, hubungannya bersama Aishah mula rapat sejak setahun lalu apabila sama-sama terlibat dalam sebuah drama rantaian. 

“Sejak setahun yang lalu kami semakin rapat apabila berlakon bersama dalam drama rantaian. Yang penting keluarga juga merestui hubungan kami. Itu yang paling penting”

” Kami juga merancang untuk ke fasa seterusnya (bertunang) pada bulan april ini, tapi tarikhnya biarlah saya simpan dahulu.” Katanya.

Sumber : Instagram @syafienaswip

Tambahnya lagi, apabila semuanya diatur dengan baik, beliau akan mengumumkan tarikh pertunangannya. Wah! Tak sabar rasanya nak tengok Ayie dan Aishah disatukan kan?

Apapun, kami di Xtra mendoakan agar semuanya berjalan dengan baik. Kahwin nanti, jemput tau!

Salma Syahbuddin