Bukan Demand, Cuma Jarang Diberikan Publisiti – Syarifah Amani

Walaupun tidak selalu muncul dikaca televisyen, tetapi pelakon hebat ini agak aktif dilaman instagram mahupun laman sosialnya yang lain. Baru-baru ini, Amani juga dilihat agak aktif memuat naik beberapa entri tentang semangat patriotik. Dan, kemunculannya pada sidang media drama terbaru terbitan tonton I, Remember pada Isnin, mendapat perhatian dan semangat dari golongan muda yang hadir.

Bagi Amani, selama ini ramai yang menganggap dia menghilangkan diri. Namun masih berharap agar karya yang bakal ditayangkan itu mampu menaikkan semula namanya.

Sesi sidang media I,Remember bertempat di GSC, One Utama semalam

 

“Tidak tahu kenapa sebelum ini saya jarang diberikan publisiti. Saya tidak rasa diri digam daripada keluar di mana-mana. Tetapi, tahun ini saya akan muncul kembali dengan lima buah filem baharu daripada pengarah yang berbeza. Saya berada dalam industri bukan untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya mahu berkarya. Saya berharap dengan naskah baharu ini, penggiat industri dan peminat akan kembali melihatbakat yang ada.” Katanya

Beliau yang bakal muncul dalam filem Gol & Gincu 2, Mencari Rahmat, Zombitopia, Motif dan Sekolahaha merupakan seorang yang pernah dinobatkan sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19, berharap agar karya tersebut mampu membuka peluang untuk dirinya itu kembali aktif dalam industri seni tanah air.

Dan, sebagai generasi muda Amani juga berharap lebih ramai lagi pelapis muda tampil berkarya dan diberikan lebih banyak peluang untuk menghasilkan karya dan idea yang matang  secara terbuka.

Thumbs up Amani!

Salma Syahbuddin