Hiburan By: Fatin Nurain May 20, 2023 @ 1:08pm

Syatilla Seronok Bahan Syida Bagi Anak Pakai Baju Kelawar Singkat Gara-Gara.. – “Bukan Salah Aku, Aku Teraniaya!”

Pelakon Syatilla Melvin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya menyakat adiknya, Syida Melvin.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syatilla tampil meluahkan rasa terhiburnya melihat anak Syida, Safa Safeera memakai baju kelawar yang singkat hingga ke paras lutut.

Dalam perkongsian tersebut, Safeera atau lebih mesra dipanggil Pia turut akur melayan kerenah ibu saudaranya yang riuh itu.

“Baju kelawar patutnya dekat atas buku lali, ni duduk atas lutut. Sampai nampak kepala lutut hitam. Dari jauh nampak kepala lutut sampai hitam,” katanya.

Terhibur dengar kakaknya berseloroh, Syida tampil menyatakan pembantu rumahnya tertukar pakaian anak sulungnya itu dengan anak keduanya, Sara Sajeeda.

“Kita sekarang ni, Malaysia tengah panas. Memang tu baju Jeda, aku punya maid salah bubuh. Yang Jeda dia bagi Pia pakai, Yang Pia dia bagi Jeda pakai. Bukan salah aku, aku teraniaya,” jelasnya.

@farahlmanina sekali pulak terpakai baju adik depan makngah 🤣🤣🤣 #adikberadikthemelvin #themelvins #syatillamelvin #syafiqamelvin #syidamelvin ♬ original sound – by Farah Imanina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

Trending Tue, 22 Dec 2020