‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Pelakon berbakat besar Azhan Rani berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran drama rantaian Nur 2 yang kini hangat ditayangkan di TV3.

Menerusi laman Instagramnya, Azhan yang memegang watak sebagai Syed Hamadi dalam drama itu memaklumkan dia jatuh sakit ketika berada di penjara Kajang yang ketika itu menjadi lokasi penggambaran.

“ Masa kejadian ni kami baru dua minggu shooting rasanya. Tak semua dalam family ni aku kenal pun. Tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ini

“ Masa ni shooting kat Penjara Seremban, dari pagi kat situ. Cuaca memang panas melampau masa ni. Masa ni juga badan tengah demam selsema.

“ Masa tu aku ride, sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai. Entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke Hospital Seremban,” tulisnya.

Sementara itu, Azhan turut berterima kasih kepada pihak produksi dan Hospital Seremban yang banyak membantunya ketika itu.

“ Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku. Alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ,” tulisnya.

Tambahnya yang membawakan watak antagonis dalam Nur, dia terharu melihat sikap prihatin pasukan produksi drama itu yang mengambil berat dan tidak berhenti membantunya ketika dia jatuh sakit.

“ Dia hari tu dapatlah aku insaf kejap sbelum jahanam semula di set hari seterusnya,” tulisnya berseloroh.

Jangan lupa tonton drama Nur 2 yang bersiaran setiap Isnin-Khamis bermula jam 10 malam di TV3 dan saluran Tonton.my. Agak-agak apa pulak Ustaz Adam buat malam ni ya? 

SGMS Faida