Syukur Aafiyah Tak Meragam…

Oleh: Endy Ashari

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila impiannya ditunaikan Allah SWT.

Dalam entri terbaru dimuat naik ke laman Instagram miliknya awal pagi tadi, Siti berkongsi pengalaman menunaikan umrah bersama suami dan juga anak, Siti Aafiyah.

“Alhamdulillah. Memori Ramadan tahun ini amat indah sekali. Saya takkan lupakan sepanjang hidup saya kerana impian dan hajat saya untuk membawa Aafiyah tertunai di bulan yang mulia ini.

“Mulanya saya fikir mungkin tunggu Aafiyah dah besar dan faham sedikit, tetapi perancangan Allah SWT Maha Hebat.

“Dengan keinginan yang tinggi dan berserah kepada Allah SWT, Subhanallah, Allah SWT permudahkan semuanya buat saya. Allahu Akbar,” tulis Siti.

Malah Siti turut bersyukur kerana Aafiyah langsung tidak meragam sepanjang tempoh menunaikan ibadah umrah.

Tulisnya, Aafiyah pun tidak meragam, diberi kesihatan yang baik, dilancarkan ibadahnya serta diberikan servis yang terbaik oleh @amalbymh dan @mkmtickettravel yang menguruskan mereka sekeluarga.

“Terima kasih semuanya, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Amin ya Rabb,” tulis Siti lagi.

Siti bersama suami, anak dan beberapa ahli keluarganya berpeluang melakukan umrah Ramadan di Tanah Suci pada 23 Mei lalu.

SGMS Faida