Syukur Kes Mahkamah Selesai, Amelia Henderson Bakal Berkahwin? Ini Jawapan Tuan Badan…

Pelakon Amelia Henderson akui tidak lagi mahu memikirkan soal naik turun mahkamah berhubung kes pelanggaran kontrak dengan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd milik penerbit, Datuk A. Aida.

Menurut Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, dia kini mahu memberi tumpuan pada kerjayanya sahaja

“Saya tak nak fikir fasa ini dah. Saya nak ‘move on’.

“Saya nak bekerja sebagai seorang pelakon tapi saya boleh janjikan saya takkan letakkan diri saya dalam mana-mana posisi dimana saya membuat apa-apa untuk menghina sesiapa dan diri saya sendiri.

“Itulah prosfesional standard saya,” ujarnya ketika ditemu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Tambah Amelia, dia bukan seorang yang keras kepala seperti yang dilabel sesetengah pihak apabila mengheret kes ini ke mahkamah, namun hanya mahu mempertahankan diri.

“Bukan nak cakap saya gembira, sebaliknya saya gembira dan bersyukur dengan keputusan.

“Saya bangga dengan diri saya, dalam kehidupan ini kalau kita cuba sedaya upaya dan buat terbaik pasti hujungnya ada keadilan. Itulah yang berlaku pada saya.

“Sebelum ini orang nampak saya keras tapi sebenarnya saya harap orang faham itu bukan sebabnya. Saya sebenarnya sedaya upaya untuk lakukan perkara yang betul.

“Untuk melakukan perkara itu, kita kena ada ketenangan dahulu.

Dalam pada itu, dengan berakhirnya kes mahkamah tersebut, Amelia turut menjelaskan dia belum ada perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

“Saya baru sahaja masuk 28 tahun.

“Setakat ini tiada perancangan apa-apa, macam yang saya cakap, kita tak boleh rancang apa-apa sangat dalam kehidupan. Saya rasa kita jadi diri kita yang terbaik dan lihatlah apa yang akan jadi di masa depan.

“Jika ada berita seperti itu (berkahwin), saya akan umumkan nanti, setakat ini memang tiada,” kongsinya.

Pada 27 Oktober lalu, Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Namun, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Terdahulu, pelakon drama Pengantin 100 Hari itu memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.

Pada 7 April lalu, Amelia diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi pengarah terkenal itu.

Khairil Khusyairi