Tahniah…Adira Timang Anak Ketiga!

Penyanyi, Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata ketiga sekitar jam 1.20 petang pada Khamis.

Adira atau pemilik nama penuh, Siti Adira Suhaimi, berkongsi bayi perempuan seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.

“Alhamdulillah… Selamat sudah semuanya. Cuma kini saya masih berada dalam keadaan mamai lagi kerana di bawah pengaruh ubat bius selepas pembedahan.

“Mengikut pengiraan, saya dijadualkan bersalin pada 16 Ogos namun dimasukkan ke hospital malam semalam selepas air ketuban pecah.

“Mengenai nama, saya memilih pangkal huruf A sama seperti kakak dan abangnya cuma masih dalam perbincangan lagi. Kadang kala saya secara spontan mendapat idea nama begitu saja,” kata Adira.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu turut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida