Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat bergelar tunangan orang pada 22 Jun 2019 di kediaman keluarganya.
Hantaran sembilan dulang berbalas sebelas ini turut menyaksikan Ain begitu cantik dan manis dalam persalinan berona pastel.

Sumber : Instagram @isseyfazlisham
Ain, 27, dan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Amirul Hafiz, 26, akan disatukan pada 13 Disember depan. Dan tarikh pernikahan dipilih berdasarkan persetujuan keluarga kedua belah pihak.
” Mengikut persetujuan kedua-dua pihak, majlis persandingan di sebelah keluarga saya akan diadakan pada 14 Disember manakala, acara menyambut menantu pula dilakukan seminggu kemudian” Katanya.
Ditanya mengenai perkenalannya bersama Amirul, Ain berkata, beliau mengenali Amirul menerusi Instagram. Wow!
Dalam majlis tersebut, kira-kira 200 tetamu hadir yang terdiri daripada anggota keluarga dan rakan artis yang terdekat.
Apapun, kami di Xtra ucapkan tahniah buat Ain Edruce dan pasangan!