Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Pelakon dan pengacara, Alif Satar berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan anak ketiga, semalam.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Alif memaklumkan bayi lelaki pertamanya selamat dilahirkan jam 11.21 malam tadi.

Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat,” katanya.

Lebih istimewa, penyanyi berusia 29 tahun itu turut berkongsi tarikh lahir dengan anak ketiganya itu.

Pasangan Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.

SGMS Faida