Categories: HiburanSelebriti

TAHNIAH! JIHAN MUSE DAPAT BABY BOY

Tahniah kepada Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang kini telah pun bergelar ibu dan bapa kira-kira jam 10. 15 malam semalam.

Jihan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3. 85 kilogram itu secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam. Kami difahamkan bayi dan ibu berada dalam keadaan baik.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35 akan mengambil masa selama 2 bulan untuk berehat daripada menjalankan apa-apa aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada keluarganya itu. 

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar  tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.”

“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga. Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” 

Jihan dan suaminya, Ungku Hariz

Jihan Muse dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Tahniah Jihan! kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah dan selamat berpantang.

Salma Syahbuddin