‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Penyanyi Kaka Azraff atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff selamat melahirkan bayi lelaki, semalam.

Isteri kepada Adam Azriff ini berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah atas izinNya, saya selamat melahirkan seorang bayi pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019 sekitar 14.14 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Kaka dan bayi sepanjang pregnancy ini,” tulis Kaka yang berterima kasih kepada semua peminatnya.

Kaka juga memaklumkan bakal berkongsi lebih banyak gambar bersama buah hati terbaharunya itu selepas ini.

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Diamonds.

SGMS Faida