Hiburan By: SGMS Faida July 17, 2018 @ 6:39am

Mia Ahmad Berdebar Tunggu September

Alhamdulillah… pelakon jelita Mia Ahmad mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki akhir September ini.

Akhirnya impian untuk menimang cahaya mata termakbul tak lama lagi selepas Mia keguguran akhir tahun lalu.

“ Pengalaman ini tidak akan saya lupakan. Dalam teruja, saya juga gementar kerana ini pengalaman pertama saya melahirkan anak. Alhamdulillah,” katanya.

Pelakon drama Hati Perempuan memberitahu suaminya, Mohd Izham Tarmizi turut berdepan debaran yang sama.

“ Dari segi alahan, syukur semua itu sudah berlalu. Saya berdoa urusan untuk melahirkan anak nanti akan dipermudahkan,” katanya.

Sebagai persediaan menjadi bakal ibu, Mia banyak membuat penyelidikan di internet, terutama perkara berkaitan penjagaan bayi dan keibubapaan.

“Persediaan lain seperti barangan bayi, saya hanya membeli serba sedikit yang asas. Doktor menjangkakan saya bakal melahirkan anak lelaki, namun untuk jalan selamat, kebanyakan barang dibeli rona putih,” katanya kepada BH Online.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Wed, 6 Nov 2019
Featured Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi