Tahniah! Raja Ilya, TWG Nikah Bulan Depan

Pelakon Raja Ilya umum bernikah pada 23 Disember ini dengan kekasihnya yang merupakan jejaka Australia, TWG.

Menurut Ilya, dia dan bakal suami kini teruja menghitung hari di mana hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi.

“ Segala persiapan telah dibuat dan diuruskan bakal suami serta keluarganya. Setiap hari, hanya panggilan video menjadi penghubung untuk urusan perkahwinan.

“Saya pilih cincin perkahwinan menerusi panggilan video. Insya-Allah saya dan keluarga akan berlepas ke Perth, tiga hari sebelum majlis pernikahan,” katanya.

Katanya, majlis resepsi akan diadakan di Perth terlebih dulu sebelum di Malaysia pada tahun depan.

Aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini menerima lamaran ahli perniagaan terbabit selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Ilya dilamar ketika kali kedua bertemu kekasihnya yang berusia 37 tahun, seterusnya bertunang pada 23 Oktober lalu di Langkawi. – BH Online.

SGMS Faida