Categories: Sihat

Jangan Ambil Makanan Ini Kalau Tak Nak Sakit ‘Parah’ Ketika PMS!

Premenstrual syndrome (PMS) atau ‘datang bulan’ antara waktu yang tidak boleh dielakkan oleh setiap golongan wanita. PMS akan menyebabkan wanita kurang berasa selesa kerana perut rasa sakit, badan berasa kurang bermaya serta mood tidak menentu yang akan menyebabkan para wanita menjadi lebih sensitif daripada kebiasaannya.

Mungkin bagi anda yang sudah ‘biasa’ melalui proses PMS ini setiap bulan, pastinya sudah redha sahaja kan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangi ‘penderitaan’ ketika PMS ini. 

Banyak cara sebenarnya untuk meredakan gejala PMS ini salah satunya adalah dengan meneliti apa yang anda makan! Berikut 5 makanan yang harus anda hindari sepanjang PMS berlaku.

1. Makanan ringan

Foto: Unsplash/Frankie Cordoba

Memang sedap kan makan makanan ringan? Tapi, makanan ringan memiliki bahan-bahan yang tidak kita kenali malah berisiko jika dimakan secara berlebihan!

Semasa PMS, bukan hanya perasaan tapi badan anda juga turut akan menjadi lebih sensitif. Makan makanan ringan boleh membuatkan sistem pencernaan anda terganggu.

2. Makanan tenusu

Foto: Pinterest

Segelas susu hangat membuat kita rasa lebih baik, namun sebaiknya anda perlu menghindari susu dan semua makanan yang berunsurkan susu seperti cheese ataupun yoghurt. Ini kerana, susu dan produk berunsurkan susu ini mengandungi acid arachidonic yang boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

3. Makanan bergoreng

Foto: Pinterest

Percaya atau tidak, makanan yang kita makan memberi kesan kepada suasana hati kita, terutamanya ketika PMS. Sesetengah makanan seperti makanan bergoreng yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan tahap estrogen dan menjadikan mood anda menjadi semakin haru biru!

4. Burger dan makanan lain yang tinggi lemak

Foto: Pinterest

Makanan yang tinggi lemak dimakan ketika PMS akan membuat perut menjadi kekejangan dan kembung. Bukan itu saja, pemakanan tinggi lemak juga menjadikan wajah anda mudah berjerawat.

5. Coklat dan makanan manis yang lain

Foto: Pinterest

Coklat sememangnya berjaya membuatkan mood anda menjadi lebih baik. Tapi, makan coklat dan pelbagai jenis makanan manis yang lain sebenarnya akan mengganggu kadar gula darah dalam tubuh. Sekiranya anda ingin makan coklat, pilihlah jenis dark chocolate yang kurang kandungan gulanya.

Sebaiknya, semasa PMS makanlah makanan yang berkhasiat ya!

Sumber: Aliffchannel

tex_admin