Tak Adil Dilabel Songsang, Naim Daniel Perjelas Aksi Cium Hanya Sekadar Content – “Mencium Sahabat Kan Dianggap Sunnah”

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel menjelaskan aksi dicium oleh para pelakon drama Projek High Council seperti yang tular di TikTok baru-baru ini hanyalah sekadar kandungan selain mahu menunjukkan keakraban mereka.

Menurut Naim, 25, dia hanya mahu membuang stigma negatif dalam kalangan masyarakat kerana terlalu mudah menjatuhkan hukum apatah lagi perbuatannya itu hanya ingin menunjukkan kasih sayang terhadap sahabatnya.

Justeru, dia menganggap tidak adil untuk dirinya dilabel sebagai songsang kerana perbuatan mencium sahabat dianggap sunnah.

“Bagi saya tidak menjadi kesalahan untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada sesiapa sahaja, selain mahu menunjukkan keakraban kami, tujuan video itu dimuat naik adalah sekadar content.

“Lagipun kami semua menjalani penggambaran untuk drama berkenaan selama 60 hari jadi hubungan tu memang sangat akrab,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mainan ini menegaskan tindakannya itu hanyalah untuk mempamerkan kebebasan serta menzahirkan perasaan sayang dan tidak lebih dari itu.

Terdahulu, video berdurasi 16 saat yang dimuat naik Naim menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Dan setakat artikel ini ditulis, , video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 200,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

@naimdanielx Dah diam, aku menang. @Mierul @flowerboy @Mas Fadh @LuckyBoy @Kentut Separuh Masak #projekhighcouncil ♬ original sound – Naim Daniel

 

 

Sumber: BH, TikTokPenyanyi dan pelakon, Naim Daniel menjelaskan aksi dicium oleh para pelakon drama Projek High Council seperti yang tular di TikTok baru-baru ini hanyalah sekadar kandungan selain mahu menunjukkan keakraban mereka.

Menurut Naim, 25, dia hanya mahu membuang stigma negatif dalam kalangan masyarakat kerana terlalu mudah menjatuhkan hukum apatah lagi perbuatannya itu hanya ingin menunjukkan kasih sayang terhadap sahabatnya.

Justeru, dia menganggap tidak adil untuk dirinya dilabel sebagai songsang kerana perbuatan mencium sahabat dianggap sunnah.

“Bagi saya tidak menjadi kesalahan untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada sesiapa sahaja, selain mahu menunjukkan keakraban kami, tujuan video itu dimuat naik adalah sekadar content.

“Lagipun kami semua menjalani penggambaran untuk drama berkenaan selama 60 hari jadi hubungan tu memang sangat akrab,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mainan ini menegaskan tindakannya itu hanyalah untuk mempamerkan kebebasan serta menzahirkan perasaan sayang dan tidak lebih dari itu.

Terdahulu, video berdurasi 16 saat yang dimuat naik Naim menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Dan setakat artikel ini ditulis, , video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 200,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

 

Sumber: BH, TikTok

Salma Syahbuddin