Nad Zainal Minta Nasihat Nurul Izzah Cara Tangani Kecaman Netizen

Pelakon popular, Nad Zainal sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas meminta nasihat daripada ahli politik yang juga anak kepada Perdana Menteri Ke-10, Anuar Ibrahim iaitu, Nurul Izzah mengenai cara menghadapi kecaman.

Memetik laporan Kosmo, Nurul Izzah, 42, menasihatkan agar orang ramai memahami situasi orang lain dan tidak mudah melemparkan serangan.

Malah, sentiasa mengambil inisiatif untuk melindungi diri sendiri termasuklah menjaga kesihatan mental.

“Untuk mereka yang dikecam dan mengecam, letaklah satu jarak untuk melindungi diri. Padam komen negatif jika perlu.

“Walaupun kita bermuhasabah, tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh lemparkan kata-kata kesat. Ini peringatan pada akhir Ramadan, jaga kesihatan mental, sayang dan lindungi diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, terpalit dengan kontroversi apabila terdapat segelintir warganet mengatakan dia dan suami yang juga pelakon, Ungku Ismail sombong apabila berdepan  peminat.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Mungkin Saya Tak Beri Layanan Sama Rata, Muka Ketat.. Jadi Orang Salah Faham,” – Dilabel Sombong, Nad Zainal Akui Sudah Lali

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Disapa Peminat, Netizen Dakwa Nad Zainal, Ungku Ismail Beri Reaksi ‘Kekwat’? – “Senyum Pun Tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: “How I Wish Attitude Akak Secantik Muka” – Dianggap Sombong, Peminat Luah Rasa Kecewa
 Ini Respons Nad Zainal

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin