Tak Berbalah, Azhar Sulaiman Dah ‘Lali’ Dengan Perangai Sharnaaz Ahmad – “Rugi Rosakkan Persahabatan”

Pelakon Azhar Sulaiman tidak terasa hati selepas ditegur oleh aktor Sharnaaz Ahmad berhubung pendapat peribadinya mempersoalkan kepimpinan Hamas.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhar memuat naik foto-foto bersama Sharnaaz ketika mereka berlakon dalam satu penggambaran yang sama.

Menurut Azhar, konflik yang berlaku antara mereka itu tidak menjejaskan hubungannya bersama Sharnaaz, malah dia amat memahami perwatakan dan karakter selebriti tersebut.

“Behar (panggilan Azhar) dan Sharnaaz ok. Behar faham perangai dia. No big issue.

“Industri ni kecil dan saya tak mampu menampung untuk ada salah faham dengan sesiapa. Rugi rosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin,” tulisnya.

Sebelum ini, Sharnaaz membidas kenyataan Azhar yang tidak bersetuju dengan cara kepimpinan Hamas secara terangan di Instagram.

Malas, aktor filem The Original Gangster itu berkata dia sudah hilang hormat kepada aktor itu.

Sharnaaz bagaimanapun menegaskan dia tidak berbalah dengan Azhar kerana perwatakannya sejak azali boleh dikatakan cepat ‘panas’.

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: “Dah Main Kasar Ni!” – Tegur Sharnaaz Ahmad, Azhar Sulaiman Pertahan Netizen sokong Isu Pejuang Palestin-Israel

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa ‘Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – “Tak Nak Nampak Kurang Ajar”

Aqilah Paharuzi