Tak Bertegur Dengan Heroin, Apa Jawab Syafiq Kyle Eh?

Pelakon filem Langsuir, Syafiq Kyle dan Hannah Delisha dikatakan bermasam muka sebelum ini.

Namun hal tersebut dinafikan oleh Syafiq sendiri dan mengaku hubungannya dengan pelakon kelahiran Singapura itu baik-baik saja.

“ Saya ada dengar isu itu tetapi berita itu adalah tidak benar. Saya tidak pernah ada masalah untuk bekerjasama dengan Hannah.

“ Malah kami sudah bersedia untuk memulakan rangka promosi Langsuir bersama memandangkan filem ini bakal ditayangkan tak lama lagi (20 September),” katanya ketika di Majlis Tayangan Perdana Filem Langsuir, kelmarin.

Tambah Syafiq, isu tidak bertegur sapa dengan heroinnya itu bukan gimik yang sengaja dibuat.

“ Saya tak mahu ambil kisah dalam hal-hal begini. Isu ini bukan datang daripada kami. Saya sendiri tak tahu dari mana cerita ini datang.

“ Saya dan Hannah dalam keadaan baik sahaja, tiada masalah antara kami,” akhirinya.

Pasangan pelakon ini pernah digosipkan bercinta pada tahun lalu namun dinafikan oleh keduanya.

Tak apalah, yang penting kalian berdua memang cukup serasi di skrin…

SGMS Faida