Bakal Timang Anak Kedua, Amar Dan Amyra Tetap Romantis!

Pelakon Amyra Rosli tidak dapat menyimpan rasa terujanya apabila suaminya, pelakon Amar Baharin memberitahu ada satu kejutan istimewa buatnya pada minggu hadapan.  

Perkara ini dikongsikan pelakon jelita yang sedang hamil anak kedua mereka itu dalam sebuah entri Instagram miliknya. 

“OMG! Like seriously daddy!!! Saya percaya apa sahaja yang daddy rancangkan akan sentiasa menjadi sesuatu yang amat bererti buat saya!

“Tak sabar untuk tahu apakah kejutan itu!” tulis Amyra sebagai kapsyen entri tersebut. 

Amyra meletakkan tangkap layar komen dari Amar yang ditulis suaminya itu dalam entri di mana Amyra memuat naik foto mereka berdua sedang berpelukan di dalam drama, Cemburu Seorang Perempuan.

“Alalala sweetnya post gambar manja-manja ni. 

“Maklumlah sekarang ni nak peluk pon tak sampai, perut bertemu perut. 

“Mommy, tak sabar nak bagitahu, next week ada surprise for you. Hope you like it. Lama dah tak spend time together,” tulis Amar. 

Mungkinkah, Amyra dan Amar akan pergi bercuti sempena ‘babymoon’ sebelum bayi kedua mereka lahir nanti? 

Terdahulu pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017 dan mereka sekeluarga telah menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. 
 

Baca: Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

Kredit Foto: Instagram @aamyrarosli

Del14