Tak Berlakon Tapi Kaka Dapat Menyanyi

Gagal melayakkan diri dalam uji bakat pencarian watak utama dalam filem Gol & Gincu 2, Kaka Azraff mengaku dia langsung tidak kecewa. Kekecewaan biasanya diganti dengan hal yang menggembirakan, betul tak? 

Ini kerana, Kaka berbangga diberi peluang menyanyikan sebuah single bertajuk Shout It Out yang dijadikan salah sebuah soundtrack filem itu.

“ Biarpun tak berjaya mendapat sebarang watak dalam filem berkenaan, tetapi saya sangat gembira dengan tawaran yang diberikan. Sebelum ini makcik saya, Ella yang menyanyikan lagu Teruja bagi soundtrack filem Gol & Gincu pada 2005. Sekarang giliran saya pula,” katanya bangga.

Kaka menganggap peluang ini sebagai salah satu usaha meneruskan legasi makciknya, Ella.

Dalam perkembangan lain, Kaka sibuk dengan proses menghasilkan album baru yang bakal berada di pasaran tak lama lagi. Yang penting, lagu Kaka berjudul Sibuk memang best. Good Luck, Kaka!

SGMS Faida