Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Fafizuddin Alimudiin, 36, mengakui sedang Menyulam cinta bersama rakan perniagaannya dikenali sebagai Tiz.

Meskipun pernah mengalami pengalaman pahit dalam rumah tangga, Fizi bagaimanapun tidak mahu menganggap persitiwa gelap itu sebagai satu penghalang untuk dirinya mengecapi bahagia bersama pilihan hatinya.

“Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikri dan kembali bangkit.

“Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Fizi berkata dia mula mendekati dan mengenali wanita tersebut pada enam bulan lalu selepas hubungan mereka menjadi akrab dalam menguruskan perniagaan menjual pakaian.

“Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

“Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini.

“Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja,” ujarnya.

Disoal mengenai penerimaan puteri sulungnya, Nur Ameena Sofia terhadap kekasih hatinya itu, Fizi berkata Tiz dan anaknya mudah untuk serasi.

“Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain. Orang ramai hantar DM (Direct Message) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih,” jelasnya.

Sekadar info, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018.

Pasangan ini berpisah pada Disember 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Ameena Sofia, tiga tahun.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi