“Tak Salah Apa Yang Dia Cakap” – Isu Berlakon ‘Beria-ia’, Fasha Sandha Ambil Positif Kenyataan Fizz Fairuz

Pelakon Fasha Sandha memaklumkan bahawa dia menerima pendapat sahabatnya, Datuk Fizz Fairuz mengenai insiden cedera ketika di set penggambaran Anak Tuan baru-baru ini,

Ulas Fasha, kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan berlakon beria-ia itu dia hanya memandang sebagai benda yang positif dan tidak ambil kisah.

Pelakon drama Serpihan Sayang ini juga beranggapan bahawa kenyataan sahabatnya itu mungkin untuk mengelakkan insiden sama yang berlaku jadi tidak perlu beria-ia berlakon.

“Saya tak tahu apa maksud Datuk Fizz. Dia sahabat rapat saya, mungkin dia memberikan pandangan dia supaya tidak berlakunya kecelakaan jadi janganlah beria-ia. Saya ambik benda tu positif, saya tak kisah pun.

“Mungkin pada orang kenapa Fizz Fairuz nak memalukan saya atau Azhan Rani tapi pada saya, saya tak ambil itu sebagai memalukan. Saya memandang itu dari segi positif,” katanya.

Fasha ditemui di Majlis Menyambut Ramadan Alfaro & Media yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, Fasha turut memaklumkan bahawa Fizz Fairuz ada menghubungi suaminya, Aidil bagi menjelaskan kenyataan beria-ia tersebut.

Malah, Fasha menyatakan bahawa kenyataan Fizz Fairuz tidak salah kerana setiap orang mempunyai hak untuk memberi pendapat.

“Datuk Fizz pun ada telefon Aidil (suami Fasha) untuk menjelaskan apa maksud dia tu. Jadi, saya ambik tu sebagai positif. Bagi saya, tak salah pun apa yang Datuk Fizz cakap. Setiap orang tak salah untuk menyuarakan pendapat masing-masing sebab setiap orang berhak.

“Saya ambil benda itu optimistik, sebab saya pun bukan muda dah nak masuk 39 tahun dah. Jadi, bagi saya benda-benda macam ni remeh temeh ni saya letak tepi la. Malaslah nak fikir. Nak enjoy je,” ujar Fasha lagi.

Atiqah Johari