Hiburan By: Salma Syahbuddin April 21, 2019 @ 9:00am

“Tak Salah Kan Berniaga?” – Zara Zya

Pelakon Zara Zya nampaknya begitu tegas dengan pendirian beliau apabila mahu meneruskan perniagaannya walaupun seringkali diperlekeh oleh masyarakat.

Menurut Zara, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulakan perniagaan walaupun beliau merupakan seorang artis dan dikenali ramai.

” Ye betul sakit perit kita tak siapa tau. Jatuh bangun kita pun, takde siapa yang nak tau. Ye, terima kasih sangat-sangat untuk semua yang tak putus beri kata semangat pada saya. Saya akan terus meniaga. Selagi saya mampu. Saya akan buktikan produk saya bagus, bukannnya sekadar menjual dan nak dapat untung je,” katanya

Malah, Zara juga tidak lokek berkongsi pengalaman beliau berniaga apabila pernah ditipu dan produk beliau tidak laku walaupun melakukan promosi setiap hari. 

Selain itu, Zara juga pernah mendapat kritikan dan mesej hinaan kononnya beliau mahu mengaut keuntungan semata-mata menerusi laman sosial miliknya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Hina sgt ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yg dia tulis tu betul2 buat saya sedih sgt… Saya sedar saya ni bkn hebat sgt meniaga. Tapi apa salah saya? Siap ckp pasal family saya. . Kalau kritikan tu utk saya je, saya blh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sgt. . . Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yg cukup. Ni la masa utk saya balas balik utk parents saya. . Saya kena tipu, bkn org tau. Saya tak tido pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya? . Produk saya tu tak haram. Sampai hati ckp mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan2 lah. Apa yg dia sakit hati sgt dgn saya? ? . . Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat ? #trimzshottakharam #trimzshot #sayatakkuat @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Tidak cukup dengan kata-kata hinaan, keluarga Zara juga turut terkena tempias tersebut.

Haih, manusia zaman sekarang ni janganlah terlalu ‘kuno’ sehinggakan artis kita tak boleh berniaga langsung. Mereka kan manusia juga? 
 
Apapun, semoga Zara Zya terus kuat dan rezeki lakonan dan juga perniagaan berjalan dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tahniah Buat Tauke Selamat Bernikah

Tauke Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hatinya selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

This Korean Duo’s New Music Video is Extremely Weird but Everyone Likes It?!

It’s super weird indeed but everyone’s leaving positive comments!

Events Thu, 24 Nov 2022

Sering Jadi Pilihan Bawa Watak Sedih, Ini Respons Amyra Rosli

Pelakon terkenal, Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama. Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang […]

Hiburan Fri, 31 May 2019

Zara Zya Segan Naik Pentas?

Betul ke ni Zara? Kami dengar suara awak sedap je…

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Tarian Tak Senonoh Di Majlis Kahwin Anak, Normah Tak Mahu Komen

Gara-gara sebuah video yang memaparkan persembahan penari lelaki menyerupai wanita di perkahwinan pelakon Ahya Rosli baru-baru ini, ibunya Normah Damanhuri enggan mengulas lanjut mengenai hal ini. Video yang dimuatnaik oleh kakak pengantin, Liana Rosli mula […]