Hiburan By: Khairil Khusyairi January 31, 2024 @ 4:50pm

[VIDEO] Saharul Ridzwan Nak Jual Kereta Mercedes, Anggap Ia Satu Bebanan… Peminat Pula Puji Sentiasa Matang & Rendah Diri

Aktor dan usahawan, Saharul Ridzwan mengambil keputusan menjual kereta mewah jenama Mercedes Benz miliknya selepas lebih lima tahun membelinya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Saharul menceritakan sebab-sebab dia mahu menjual kereta mewah tersebut.

“Tahun 2021 memang saya dah nak jual dengan harga RM145,000 sebabnya kereta ini saya tak pakai sejak saya beli pada tahun 2018.

“Jadi kereta ini memang tak bergerak ke mana-mana, kalau bergerak pun ketika saya shooting, jadi mileage pun bergerak lah juga.

“Ibu saya pun suruh saya jual daripada berselimut saja,” kongsinya.

Kongsi Saharul lagi, dia termakan dengan kata-kata rakannya untuk membeli kereta mewah tersebut di saat baru sahaja memulakan perniagaan pada 2018.

“Setiap bulan saya bayar RM1,900 dekat RM2,000 jugalah.

“Pada 2018 saya juga baru mula berniaga, kawan saya ada kata ‘kau kena pakai kereta Mercedes ini, ia lambang kredibiliti kepada orang berniaga’.

“Waktu itu saya masih berlakon, pada awalnya kita rasa gah tapi akhirnya rasa bebanan. Hutang bank saya ada RM84,000.

“Kereta ini InsyaAllah tak pernah lebih mileage, enjin pun tak pernah buka,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi menganggap ia sebagai pengajaran dalam hidupnya agar bersederhana dalam apa jua perkara.

“Pengajaran daripada ini, saya tahu di luar sana masih ramai orang yang mampu tapi kalau seandainya kita kurang berkemampuan terhadap sesuatu perkara semata-mata nak nampak gah atau perhatian orang, elakkan.

“Ia akan jadi bebanan buat kita.

“Harga RM145,000 saya bayar untuk parking, jadi sayanglah,” ujarnya lagi.

Saharul juga berharap ada individu yang mahu membeli kereta tersebut dengan harga RM85,000.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Saharul itu.

Rata-ratanya memuji tindakan Saharul untuk melepaskan kereta tersebut malah ada juga menyifatkan Saharul seorang yang matang dan rendah diri dalam setiap perkara.

Saharul Ridzwan Saharul Rirdzwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Apr 2018

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Che Ta marahkan Kak Zai kerana bersebab. Apa agaknya ya?

Trending Fri, 18 Feb 2022

#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

Bahang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin dirasakan! 12 lagu yang bertanding pada 6 Mac 2022 ini bakal merebut gelaran juara dan pastinya ramai yang tak sabar menantikan anugerah muzik tahunan yang berprestij ini! […]

Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

「跌倒女神」Hebe自嘲跌倒跌到来大马!

有「跌倒女神」之称的Hebe田馥甄19日来马为OPPO手机代言站台,踩着高跟鞋的她,二度因为舞台上的“陷阱”差点跌倒,让她不禁自嘲“真的跌倒跌到来马来西亚!”

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

王力宏316确定唱进大马!1月19正式发售

王力宏全新《龙的传人 2060》世界巡回马来西亚站演唱会,1 月 19 日,上午 11 时起正式全国公开发售。

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

一起见证「齐迹」发生!任贤齐再次唱响经典

万人迷任贤齐自去年连续在云顶举办两场演唱会之后,今年将再次登上云星剧场舞台!