Hiburan By: Maya Basir August 7, 2023 @ 12:27pm

Disangka Barang ‘Ready Stock’, Duit Ika Nabella RM7,600 Lenyap Ditipu ‘Personal Shopper’

Pelakon Ika Nabella terpaksa menanggung rugi sebanyak RM7,600 apabila ditipu seorang personal shopper yang menjual barangan jenama mewah di Instagram.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia ingin membeli beg tangan jenama mewah, Bottega Veneta (BV) dan telah membuat pembayaran ke akaun penjual itu pada 2 Ogos lalu.

“One of the reason kenapa beli dekat mangkuk ayon (personal shopper itu) sebab dia ada ready stock BV padded tu and it was a last minute deal,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Memetik laporan mStar, Ika memberitahu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kini sedang dalam usaha menjejaki personal shopper berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat dan kami sedang mencari individu ini. Suka hati scam duit orang lepas itu hilangkan diri.

“Pengikutnya ramai tapi rupanya scammer. Dia dah hapuskan Instagram atau menukar nama profil. WhatsApp dia pun sudah dipadam,” katanya.

Sementara itu, Ika turut meluahkan rasa kesal dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak mudah percaya individu tanpa usul periksa.

“Sebelum ini saya hanya akan beli di butik atau personal shopper yang pernah saya jumpa tapi kadang-kala kita sebagai pembeli pun buat silap.

“Ini pengajaran supaya saya tidak mudah percaya dan beli barang tanpa soal selidik,” pesannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Si Rupa Biasa, Mati-Matian Kena Kecam… Tapi Si Cantik, Ada Pula Yang Sokong” – Ika Nabella

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Ibu Niezam Zaidi Meninggal Dunia

Salam takziah buat Niezam

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Trending Tue, 17 Aug 2021
Trending Sat, 22 Aug 2020