Trending By: Salma Syahbuddin August 22, 2020 @ 12:10pm

Covid-19 Dijangka Berakhir Dalam Tempoh 2 Tahun

WHO menjangkakan negara di dunia berupaya keluar dari krisis Covid-19 kurang dari dua tahun lagi ketika negara-negara di Eropah berusaha memerangi peningkatan kes baharu.

Berdepan dengan kadar jangkitan luar biasa

Eropah barat mengalami kadar jangkitan yang tidak pernah berlaku dalam beberapa bulan sebelum ini, terutama di Jerman, Perancis, Sepanyol dan Itali, sekali gus mencetuskan kebimbangan gelombang kedua.

Manakala, di ibu negara Sepanyol, Madrid, pihak berkuasa mengesyorkan penduduk di kawasan yang paling terjejas tinggal di rumah untuk membantu membendung penyebaran ini berikutan negara itu mencatatkan lebih 8,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Perancis pula turut melaporkan kes harian lebih 4,000 kes baharu dalam tempoh dua hari berturut-turut, angka yang tidak pernah dilihat sejak Mei dengan penduduk di kawasan metropolitan paling teruk dijangkiti.

Kelemahan dari aspek globalisasi

Menurut, Ketua (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berusaha membuat perbandingan dengan pandemik selesema pada 1918 kerana, negara mempunyai kelemahan dari aspek globalisasi, kedekatan, keterhubungan, tetapi dengan kelebihan teknologi yang lebih baik, kita berharap dapat menyelesaikan wabak ini kurang dua tahun.

” Dengan memanfaatkan kelengkapan yang ada secara maksimum dan berharap kita dapat memiliki alat tambahan seperti vaksin, saya rasa kita dapat menyelesaikannya dalam waktu yang lebih singkat daripada selesema 1918″, katanya.

Patuh SOP

WHO juga mengesyorkan kanak-kanak berumur lebih 12 tahun menggunakan pelitup muka dalam situasi yang sama dengan orang dewasa kerana penggunaan pelitup muka berupaya menghentikan penyebaran virus.

Tanpa vaksin yang dapat digunakan, kaedah yang paling dominan yang dimiliki kerajaan adalah dengan membatasi populasi atau menguatkuasakan penjarakan fizikal.

Lubnan adalah negara terbaru yang memperkenalkan semula sekatan yang ketat selama dua minggu mulai Jumaat termasuk perintah berkurung pada waktu malam bagi mengurangkan peningkatan kes jangkitan.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Trending Wed, 18 Jul 2018

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Mara Martin menyusu dan mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated.

Trending Thu, 19 Nov 2020
Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Featured Wed, 3 May 2023