Featured By: Aqilah Paharuzi June 27, 2022 @ 6:32pm

“Saya Boleh Tinggalkan Dia, Tapi Kalau Azri Gila…” – Akui Penat Terpalit Kontroversi, Azra Diera Mohon Doa Urusan Kahwin Dipermudahkan

Hubungan ‘percintaan’ pelakon Harum Sundal Malam, Azri Iskandar bersama seorang wanita yang bakal dikahwininya, penulis lirik Dr. Azra Diera sehingga kini masih menjadi persoalan dan tanda tanya terutamanya pada anak-anak Azri mengenai identiti sebenar wanita itu.

Bekas isteri Azri, Ellie Suriaty sebelum ini mendakwa kekasihnya itu adalah seorang ‘scammer’, namun Azra menepis dakwaan tersebut dengan menegaskan kasih sayang antara mereka berdua benar wujud dan tulus dari hati.

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Ni Scammer, Azri Tak Akan…” – Azra Diera Jawab Dakwaan ‘Love Scam’ Dengan Kekasih, Azri Iskandar

Artikel Berkaitan: “Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Walaubagaimanapun, Azra mengakui boleh meninggalkan Azri sekiranya perkara tersebut boleh memuaskan hati ramai pihak yang seakan tidak senang apabila mendengar berita mereka bakal berkahwin.

Namun begitu, jelas Azra dia turut mengakui tidak sanggup untuk berbuat demikian kerana bimbang terhadap ‘mental’ Azri yang dikatakan boleh jadi gila sekiranya dia pergi.

Sementara itu, Azra meluahkan rasa bangga terhadap kesungguhan Azri yang nampaknya semakin bersemangat berbanding dahulu.

Mereka dikatakan sedang sama-sama mendaki puncak kejayaan dan berusaha untuk menghalalkan hubungan.

“Saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang tak pernah capai sebelum ini.

“Sama-sama kita doakan dia. Tengok dia berjaya. Dia dalam proses membentuk dan memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan, stres dan bermasalah.

“Tapi sekarang makin hilang semua itu. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini.

“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri.

“Tetapi sebaliknya Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya. Terang-terang, Azri sendiri yang cakap tentang hal ini dulu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azra turut menegaskan bahwa dia tidak ‘merampas’ Azri daripada mana-mana pihak.

“Seperti yang pernah saya katakan, saya tak merampas dia daripada sesiapa. Tidak daripada anak-anak dia atau mana-mana wanita lain.

“Saya boleh tarik diri kalau ini boleh merosakkan reputasi dan kerjaya saya. Tapi, kalau Azri gila selepas ni, jangan salahkan saya. Saya dah penat sebenarnya. Kerja saya banyak terganggu,” ujarnya.

Sumber: Getaran.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 4 Aug 2018
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Bengang Menunggu 4 Jam, Siti Elizad Naik Angin!

Pelakon berkenaan bukan pelakon utama untuk drama yang bakal ditayangkan di NTV7 itu nanti! Kalau dia nak minta maaf, sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

#AnggunLife : Azwan Idam Watak Lelaki Lembut?

Bawa watak lelaki lembut, Azwan tak takut dikecam kali ni?

Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.