Trending By: Padin March 31, 2021 @ 1:47pm

Naqiu Berpadu Suara Dengan Vanessa Reynauld Dalam Rindu Separuh Nyawa

Biarpun berbeza usia, bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 35, dan penyanyi remaja, Vanessa Reynauld, 21, berjaya mewujudkan keserasian dalam lagu duet Rindu Separuh Nyawa.

Mungkin dua penyanyi ini datang daripada generasi berbeza, namun mereka mempunyai kredibiliti dan pengalaman tersendiri dalam dunia hiburan.

Menurut Naqiu, pada mulanya dia ragu-ragu memikir mampukah paduan suara mereka bercantum cantik.

Namun begitu, kerisauan Naqiu bagaimanapun terlerai dan dia mengakui Vanessa adalah rakan duet yang tepat untuk Rindu Separuh Nyawa.

Perbezaan karakter suara mereka juga bukan penghalang besar bahkan sebaliknya tunas unik untuk runut bunyi drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

“Sebagai komposer saya cuba tampilkan melodi yang boleh diterima masyarakat dan kena dengan emosi lagu Rindu Separuh Nyawa itu sendiri. Pada mulanya, saya dengan Vanessa agak kekok.

“Selepas beberapa jam, barulah kami dapat keserasian. Vanessa memiliki ilmu yang baik, jadi tidak susah untuk mendapatkan keserasian serta emosi lagu itu.

“Bahagian paling susah adalah bagaimana untuk menggabungkan suara kami disebabkan nyanyian kami memiliki karakter yang sangat berbeza memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama.

“Bagaimanapun, dengan bantuan jurulatih vokal, Afif Tirmizie, dia berjaya mencantikkan lagi gabungan suara kami selain memantapkan Rindu Separuh Nyawa secara keseluruhan.

“Sebagai penyanyi dan komposer, saya harap lagu ini diterima mampu diterima dan begitu juga drama ini selain melancarkan karier saya serta Vanessa. Insya-Allah, semoga lagu ini dapat menaikkan semangat saya lagi untuk menghasilkan lebih banyak lagu pada masa akan datang,” katanya.

Berkongsi lanjut, Vanessa pula akui dia paling tertarik dengan melodinya yang sangat mesra telinga.

Bahkan, pertama kali dia mendengarnya, ia terus melekat di kepala dan Vanessa juga sangat teruja kerana ingin merasa sendiri bagaimana untuk berduet dengan seseorang.

“Gabungan saya dengan Naqiu agak mengejutkan tetapi sebenarnya sangat bagus. Pertama kali saya mendengar suara Naqiu, ia agak besar dan serak-serak basah manakala suara saya pula bernada tinggi dan lembut.

“Awalnya, saya takut suara kami tidak bersatu dengan baik. Namun selepas habis rakaman semua, rupanya gabungan suara kami menjadi.

“Bagi saya, tiada pun bahagian yang sukar disebabkan sangat mudah untuk bekerjasama dengan Naqiu. Mungkin daripada segi mencari melodi sedikit mencabar disebabkan ia lagu baharu.

“Namun dengan bantuan jurulatih vokal, Afif Tirmizie, dia berjaya meringankan beban itu sekali gus melancarkan proses nyanyian kami.

“Semestinya saya sangat berterima kasih kepada Sony Music Malaysia dan Naqiu kerana memberi peluang untuk merealisasikan lagu duet pertama saya. Saya harap lagu ini dapat sambutan yang terbaik, diterima dengan hati terbuka, dan pendengar menyukai gabungan saya bersama Naqiu,” katanya.

Lagu Rindu Separuh Nyawa boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Dec 2018

“Ini Last Race Aku” – Pelumba CP150 Hafiz Temui Ajal Di Litar Lumba

Hajat Allahyarham untuk membawa orang tuanya melakukan ibadah umrah tidak kesempaian.

Trending Tue, 17 Nov 2020
Trending Wed, 2 Sep 2020
Trending Sat, 22 May 2021

“Terus Terang, Saya Agak…” – Wajah Dikatakan Seiras Hisyam Hamid, Ini Reaksi Farhan Asri

Pendatang baru, Farhan Asri mengakui terkejut apabila dikatakan memiliki raut muka seiras dengan wajah pelakon Hisyam Hamid. Farhan dan Hisyam kini digandingkan bersama sebagai adik-beradik dalam drama bersiri Cukup Derita Itu yang sedang hangat ditayangkan […]

Featured Wed, 27 Apr 2022