Hiburan By: Syamir Shafie December 28, 2023 @ 9:47pm

Sanggup Berhabis RM60,000? Alha Alfa & Zara Zya Bersatu Dalam ‘Cinta Agung’ – “Single Ini Hadiah Buat Persahabatan Kami”

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa tampil dengan single sulung bergandingan dengan sahabat baiknya, Zara Zya berjudul Cinta Agung.

Teruja dengan sentuhan istimewa penyanyi dan komposer berbakat besar, Yuka Kharisma itu, jurusolek terkenal dan penaja Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) ini gembira kerana
memiliki keserasian untuk berduet dengan Zara.

Menurut pengasas jenama Alha Alfa Cosmetics itu, lagu bergenre balada tersebut merupakan hadiah bersempena persahabatan mereka.

“Sebenarnya, kami bersahabat dah lama, kami juga rajin berkaraoke kalau stress. Lagi pula, Zara pun memang boleh menyanyi.

“Saya cakap marilah kita rakam lagu. Ini boleh jadi kenangan terindah untuk kami juga.

“Ini juga saya anggap sebagai hadiah buat persabatan kami,” ujarnya kepada XTRA.

Sementara itu, Alha mendedahkan dia telah membelanjakan sebanyak kira-kira RM60,000 untuk menghasilkan video muzik single terbabit.

Ia merangkumi peruntukan untuk busana, set penggambaran dan sebagainya lagi.

Bagi Alha, dia tidak kisah untuk berhabis duit demi menerbitkan single tersebut asalkan dapat meninggalkan satu memori manis yang dapat dikenang kelak buat dirinya dan Zara.

“Ada duit semua jalan, kenyataan itu semua orang akan bersetuju. Pada saya, kalau ada rezeki lebih sikit, saya nak simpan kenangan dengan Zara.

“Kami dikenali pada zaman saya tidak memiliki apa-apa. Zaman itu saya memang susah.

“Apabila ada rezeki, kita buat MV lawa-lawa dan cantik-cantik,” jelasnya.

Menurut Zara pula, dia sangat menghargai kolaborasi bersama Alha kerana ia bukan sahaja apresiasi buat persahabatan merkea, bahkan dapat mengubat kerinduan peminat yang ternanti-nanti lagu terbaharu daripadanya.

Pada awalnya, Zara terkejut dengan lamaran Alha untuk menyanyikan lagu tersebut.

“Saya sangat gembira kerana ini hadiah untuk persahabatan dan peminat-peminat juga sebenarnya.

“Peminat tertanya-tanya lagu daripada saya, dan ini satu buah tangan yang baik hasil kolaborasi antara saya dgn Alha.

“Bila dia ajak Zara untuk berduet bersama-sama dengan dia, saya tak sangka, betul ke? Lepas tu, saya terus terima,” katanya.

Alha dan Zara ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran single terbaharu, Cinta Agung di Publika, Hartamas hari ini.

Difahamkam, video muzik lagu tersebut bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Bengang Punya Pasal, Aziz M Osman Label Netizen ‘Bodoh Sombong’?

Dah ada yang halal, yang haram jugak korang nak kan?

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Wow! Ramai orang kita pilih Songkhla jadi tempat nikah..

Featured Wed, 16 Aug 2023
Trending Wed, 24 Jun 2020

Akhirnya Sekolah Mula Dibuka Hari Ini

Selamat menempuh hari pertama persekolahan!

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍