Tak Sangka Pengacara TV3 Ini Kini Hangat Bercinta

Siapa sangka pengacara kecil molek ini rupa-rupanya kekasih hati pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid. Meskipun sebelum ini pemain bola sepak kebangsaan ini hangat digosipkan bersama pelakon Hello! Mr. Perfect, Ruhainies. 

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3, Anim Ezati. 

Bukan itu sahaja, Anim juga turut dilihat memuat naik gambar bersama Safawi sambil menulis caption sweet kerana harus berangkat menjalani latihan diluar negara.
Safawi Rasid dikhabarkan sedang menjalani latihan di luar negara sebagai persediaan Sukan Asia, di Indonesia.
Apapun, diharap hubungan antara Safawi Rasid dan Anim Ezati berkekalan sehingga ke anak cucu.
Salma Syahbuddin