Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2023 @ 5:30pm

Tak Terikut Style Datin-Datin, Intan Najuwa Jadi Diri Sendiri… Tetap Keluar Cari Duit! – “Suami Saya Sangat Supportive!”

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa mengaku gelaran datin yang diterimanya selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, tidak memerlukannya tampil seperti ‘datin-datin’ sedia ada.

Menurutnya, dia masih sama seperti sebelum berkahwin, malah citarasanya terhadap fesyen juga tidak berubah.

“I am still the same person. Saya punya pakaian, fesyen dan sebagainya still sama. Kita ikut peredaran masa dan fesyen itu sendiri.

“So, saya juga a bit open tentang fesyen ni. Memang saya suka fesyen jadi tak adalah nak jadi datin-datin ni. It’s just a title.

“Fesyen tetap diri saya dan saya tetap jadi diri sendiri,” katanya.

Intan berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bualnya di sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Selain itu, Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata,walaupun sudah bergelar isteri namun dia masih keluar bekerja dan mencari duit.

Malah, suaminya antara individu yang menjadi ‘tulang belakang’ yang sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan seninya.

“Sekarang ni saya masih shooting untuk drama 16 episod. Jadi terbukti lah bila saya berkahwin saya juga keluar bekerja. Suami pun bekerja begitu juga saya.

“Saya memang tak pernah stop kecuali benda-benda yang tidak mengizinkan. Macam pregnant or anything tapi for now selagi ada daya dan kemampuan saya akan bekerja dan suami juga tidak pernah menghalang. Alhamdulillah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Intan memaklumkan, suaminya tidak pernah meletakkan syarat atau menganggu skrip lakonannya.

Namun, sebagai isteri dia harus menjaga dan bijak memilih naskhah lakonannya.

“Suami saya sangat supportive. Dia tak pernah kacau bab-bab skrip cuma saya kena pandai sendiri.

“Dah jadi isteri, so apa-apa saya kena letak husband saya paling utama. So kena fikir before nak ambil atau buat apa-apa yang mungkin boleh mengecilkan hati dia atau buat dia terasa saya akan avoid. I will do anything to protect my husband,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Mon, 10 Jun 2024

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

Polis juga dikatakan membawa anak patung

Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Trending Tue, 16 Oct 2018
Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Nama Naik, Tudung Pun Naik!

Selama ini finalis akhir pentas AJL32 itu kan dilihat sebagai seorang gadis lemah lembut, sopan santun malah selalu bertudung labuh menutupi bahagian dadanya.

Featured Fri, 20 Jun 2025
Trending Fri, 17 Aug 2018

Gempar! Bas Rempuh Lebih 10 Buah Kereta Di MRR2

Patutlah sesak! Persoalan kenapa laluan dari Jalan Ampang ke MRR2 sesak teruk walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 malam akhirnya terjawab. Kesesakan berpunca apabila sebuah bas yang dipandu laju dilaporkan merempuh lebih daripada 10 buah […]

error: Content is protected !!