Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2019 @ 4:48pm

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Cubaan seorang jejaka warga Jepun, Takaaki Terry menghasilkan klip video menyanyikan lagu  ‘Assalamualaikum’ akhirnya membuahkan hasil! Menariknya, penyanyi asal lagu berkenaan, Faizal Tahir sanggup terbang ke Jepun dan menjemputnya untuk datang ke Malaysia.

Ternyata pertemuan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila kini Takaaki Terry diberi kesempatan mengembangkan bakatnya di Malaysia menerusi single sulungnya berjudul ‘Konnichiwa Dunia’. Takaaki juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama yang dilamar oleh Faizal Tahir dan kini bernaung dibawah Faithful Music.

Konnichiwa Dunia’ adalah sebuah karya ciptaan Takaaki sendiri manakala liriknya pula diolah bersama oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin. Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Lagu yang diberi gubahan segar dengan pengaruh muzik J-Pop/J-Rock ini dijangka menawarkan sajian telinga yang berbeza buat pendengar dan bakal memeriahkan lagi arena muzik Malaysia. 

Konnichiwa Dunia’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Konnichiwa Dunia’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 11 JANUARI 2019. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

“Big Bang Doesn’t Really Have Good Teamwork” – Seungri

After 12 years together and teamwork is still an issue?

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Tue, 7 May 2019

Lebih Interaktif, Berita TV9 Kini Berwajah Baru!

Program-program berita TV9 masih mengekalkan penyampai beritanya seperti Amin Hayat Abdul Rahim, Zuhaira Mustafa Al Hussin, Affizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob, Zaira Sri Zakaria, dan Taufek Mohd Noh.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] Kontroversi Anak Seksi, Azhar Sulaiman Tak Nak Panjangkan Isu – “Dia Famous Atas Sebab Yang…”

Rugi masa semua orang… Forgive and forget untuk semua perkara negatif – Azhar Sulaiman

Featured Wed, 8 Dec 2021

“Ni Kalau Mak Saya Tahu, Habislah Kedai Runcit Semua Habis Stok” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pokok Subur Pakai Serbuk MSG

Siapa sangka, selain baja, kita juga boleh menggunakan serbuk monosodium glutamat (MSG) untuk menyuburkan tanaman. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama @kakria memuat naik satu video menunjukkan dia sedang menabur serbuk MSG menggunakan sudu […]

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!