Takziah… Ibu Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Al-Fatihah…Ibu kepada pelakon dan pelawak terkenal Datuk Afdlin Shauki meninggal dunia pada jam 5.56 petang tadi.

Hal ini dimaklumkan oleh Afdlin sendiri menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

“ Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin (15/10/2018), pukul 5.56 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

” Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Selasa lalu, Afdlin turut memuatnaik status di mana Allahyarham ibunya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan jantung. 

Allahyarham meninggal dunia pada usia 70 tahun. Al- Fatihah buat Allahyarham Puan Fadzilah Jelani…

SGMS Faida